Latest News

Friday 3 July 2015

Yayasan Prihatin Rakyat Kedah Beri Sumbangan



Yayasan Prihatin Rakyat Kedah (YPRK) yang dinaungi oleh YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, telah menyumbangkan bantuan Ramadan kepada anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional untuk diagihkan kepada rakyat petang semalan.

Penyerahan sumbangan itu dibuat oleh Dato' Seri Mukhriz sendiri di Kediaman beliau kepada semua Adun negeri Kedah termasuk dari pihak pembangkang.

Ia untuk diagihkan kepada 7,200 penerima di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Dalam majlis itu juga, syarikat Cenviro Sdn Bhd yang menguruskan sisa pepejal di Kedah menyumbang RM1 juta kepada YPRK menerusi program MyKasih Foundation.

Dato Seri Mukhriz juga berkata Kerajaan Negeri Kedah memberi bonus RM500.00 kepada kakitangan Kerajaan Negeri sempena hari raya bakal tiba nanti.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Razalana Abdul Rahman24 October 2015 at 04:29

    Assalamualaikum, Tuan2 dan Puan2,
    SMK SULTANAH BAHIYAH, adalah satu2nya sekolah yg mewakili Negeri Kedah dlm Pertandingan ANKLUNG, berikut adalah add utk video kami

    https://www.youtube.com/watch?v=DgbHy0Aq9ww

    Mohon bantuan untuk view dan viralkan kerana
    SMK Sultanah Bahiyah juga mewakili Malaysia untuk pemilihan angklung peringkat Asia Tenggara bersama 12 buah sekolah lain seluruh negara.Mohon bantuan rakyat Kedah untuk view

    ReplyDelete

Item Reviewed: Yayasan Prihatin Rakyat Kedah Beri Sumbangan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top