Semalam telah berlangsung Majlis Kesyukuran sempena lantikan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri dari Kedah dalam kabinet baru Oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Majlis ini berlangsung di Dewan Sri Mentaloon kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.
YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir mengetuai barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan seluruh kepimpinan Umno dan Parti Komponen Barisan Basional Kedah menyambut Dato Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Dato Seri Mahawangsa Mahadir Khalid, Menteri Pendidikan yang baru dilantik dan Dato Seri Ahmad Bashah Timbalan Menteri KPDNKK. Hanya Dato Johari Baharom tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga di Selangor.
Majlis berlangsung meriah dan ternyata negeri Kedah berbangga kerana mempunyai 4 org wakil ahli kabinet didalam pentadbiran pusat. Dato Seri Mukhriz juga berterima kasih kepada Perdana Menteri yang terus memberi kepercayaan kepada wakil-wakil dari Kedah untuk bersama dalam Kabinet baru ini.
0 comments:
Post a Comment