YAB Dato Seri Hj Mukhriz petang tadi hadir merasmikan EKSPO Hartanah dan Perumahan Malaysia (MAPEX) di Kompleks Star Parade.
Dalam ucapan YAB MB tadi, Bagi tempoh 2013 hingga 2018, kerajaan mensasarkan 40 ribu unit rumah untuk rakyat Kedah. Tetapi dalam masa 2 tahun sahaja sudah 28,081 unit berjaya disiapkan. Jumlah ini merangkumi rumah kos rendah dan rumah mampu milik.
YAB MB juga menyentuh mengenai Dasar Perumahan Negeri Kedah (DPrNK) yang mula berkuatkuasa tahun ini.
Beliau juga menegaskan bahawa dasar tersebut digubal untuk mengawal industri pemajuan perumahan setelah mendengar rungutan rakyat bahawa harga rumah meningkat terlalu tinggi hingga diluar kemampuan sebahagian besar rakyat yang memerlukan.
Tambahan pula industri pembangunan perumahan melibat kegunaan tanah, iaitu satu sumber yang tidak dapat kita ganti. Penggunaan tanah mesti diurus dengan baik. Tanah diperlukan bukan sahaja untuk rumah kediaman, tetapi juga untuk infrastruktur, pertanian, hutan simpan untuk tadahan air dan lain-lain lagi. Sumber tanah mesti diurus dengan baik demi generasi yang akan datang.
Justeru, Kerajaan Negeri sangat mengambil berat dengan rungutan rakyat dan Kerajaan juga peka kepada rungutan para pemaju.
Oleh itu, kerajaan mungkin membuat pindaan kepada beberapa syarat DPrNK yang dilihat memudaratkan pemaju. Pada waktu yang sama tanpa menjejaskan hasrat untuk menyampaikan rumah mampu milik kepada semua lapisan rakyat yang memerlukan
Setelah kita mendengar cadangan daripada pihak REDHA, maka mesyuarat EXCO kelmarin telah membuat beberapa keputusan.
1- Bagi projek perumahan 1 hingga 99 unit dalam tanah simpanan Melayu, kouta Rumah Aman dan Rumah Makmur dikecualikan.
2. Bagi projek perumahan 1 hingga 49 unit dalam tanah luar simpanan Melayu, kouta rumah Aman dan Rumah Makmur juga dikecualikan.
3. Caj pembangunan dari tafsiran kenaikan nilai tanah setelah kelulusan kebenaran merancang dikurangkan daripada 20% dalam DPrNK kepada 10% .
Ketiga-tiga pindaan ini yang telah umumkan ini berkuatkuasa serta merta.
0 comments:
Post a Comment