Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Kedah 2015 di Taman Jubli Emas, Alor Setar siang tadi, beliau memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) yang baru, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek berkenaan permasalahan kekurangan bekalan beras ST15 di Kedah yang menjadi rungutan rakyat berpendapatan rendah.
Dari perbincangan yang diadakan, YAB DS Mukhriz mendapat maklumbalas yang positif apabila YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek memberi jaminan akan memberi perhatian kepada Kedah untuk permasalahan tersebut.
* Saksikan video sidang media YAB DS Mukhriz berkenaan permasalahan kekurangan bekalan beras ST15 di Kedah.
Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 6 August 2015
0 comments:
Post a Comment