Latest News

Friday 21 August 2015

Kedah Guna 'UAV' Pantau Balak Haram



ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menimbang menggunakan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) untuk memantau kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Menurutnya, kerajaan negeri menerima cadangan daripada beberapa syarikat mengenai teknologi pemantauan terhadap aktiviti haram itu termasuk penggunaan imej satelit dan helikopter.

"Penggunaan UAV adalah lebih murah berbanding helikopter. Kerajaan negeri sedang menimbangkan cadangan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan Mahadzir Abdul Hamid (BN-Jeneri), beliau berkata, bagi tahun ini sehingga Julai kerajaan negeri telah mengutip RM21.8 juta hasil daripada aktiviti pembalakan.

Tahun lepas, kutipan hasil daripada aktiviti pembalakan adalah sebanyak RM35 juta dan RM15.4 juta pada 2013, kata Mukhriz.

Bagi tahun ini sehingga Julai, kerajaan negeri katanya, telah meluluskan 1,240 hektar hutan simpan kekal bagi tujuan pembalakan untuk kategori lesen, manakala bagi kategori Anugerah pula keluasan yang diluluskan ialah 1,790 hektar. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Guna 'UAV' Pantau Balak Haram Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top