Latest News

Wednesday 19 August 2015

Kedah Selangkah Menjuarai Liga Perdana 2015



Kedah bangkit dua kali dari ketinggalan untuk menang 3-2 keatas sabah dalam perlawanan penuh mendebarkan dalam aksi Liga Perdana 2015 di Stadium Darul Aman malam tadi.

Kemenangan semalam masih belum cukup untuk Kedah diumumkan sebagai juara Liga Perdana musim ini kerana kemenangan dua pencabar terdekat iaitu T-Team dan Pulau Pinang.

Kedah masih menerajui liga dengan 45 mata , tiga mata dihadapan T-Team dan Pulau Pinang. Dalam aksi akhir liga jumaat ini di Stadium Bukit Jalil menentang DRB Hicom FC, Kedah hanya perlu seri untuk dinobatkan sebagai juara sekaligus naik ke Liga Super 2016.

Dalam perlawanan malam tadi, Sabah mengejutkan tuan rumah dengan jaringan seawal minit ke 19 melalui Joel Joseph.Kedah bangun dengan gol penyamaan pada minit ke 23 melalui sepakan penalti melalui pemain import dari Sabah Sandro Da Silva.

Sabah terus menghukum kelalaian pertahanan Kedah dengan gol kedua pada minit ke 30 separuh masa pertama. Kedah seolah mendapat semangat baru dalam separuh masa kedua dengan menguasai perlawanan.

Minit ke 60, Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari menjaringkan gol kedua pasukan dan serangan bertali arus Kedah berhasil apabila Sandro sekali lagi menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol ketiga hasil sepakan percuma sekaligus 3 mata penuh buat Kedah di Darul Aman.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Selangkah Menjuarai Liga Perdana 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top