Latest News

Tuesday 18 August 2015

Tunku Sallehuddin Harap Kerajaan Pusat Beri Perhatian Cadangan Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim KXP #SidangDunKedah


Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berharap cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dapat direalisasikan dan diberi perhatian serius oleh kerajaan Persekutuan.

"Saya percaya projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Kedah mampu mencetus kepada pertumbuhan ekonomi negeri-negeri di wilayah utara amnya dan negeri Kedah khasnya," titah baginda.

Baginda bertitah cadangan pembinaan KXP itu sekiranya diluluskan turut membuka peluang pekerjaan dan perniagaan selain menjadi tarikan kepada industri seperti industri penerbangan.

Titah Baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darulaman
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tunku Sallehuddin Harap Kerajaan Pusat Beri Perhatian Cadangan Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim KXP #SidangDunKedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top