Latest News

Sunday 23 August 2015

Ucapan Menarik DS Mukhriz di Mesyuarat Perwakilan Umno Jerlun



**Jasa kepada Kedah

- Kita berasa bertuah bersama kita, orang yang banyak berjasa dengan UMNO Kedah dan rakyat Kedah iaitu Dato Sri Shafie Apdal. Jutaan terima kasih kerana sudi hadir dan juga banyak berjasa pada Kedah, ketika beliau di Kementerian Luar Bandar.

- Ketika beliau menjadi Menteri Luar Bandar, Kedah merupakan negeri tumpuan dan beliau tidak menghampakan.

- Selepas kita menawan semula hati rakyat negeri Kedah. Beliau menjadi pengerusi, beliau telah melantik DSMM menjadi bendahari dan menjadi Timbalan Pengerusi dan selepas itu menjadi Pengerusi Perhubungan.

- Kedah selepas itu mengalami transformasi, perubahan yang pelbagai dinegeri Kedah. Kejayaan demi kejayaan negeri Kedah, ada kaitan dengan Dato Seri Shafie.. termasuk kemenangan bola sepak semalam.

**Taat dan sayang pada parti

- Kita taat pada parti dan kita yakin percaya UMNO parti juarai rakyat. Kita juga telah berjaya mengatasi semua lawan kita. Kita juga berjaya membawa semua parti lain dibawah kita bawah BN. Menyakinkan rakyat dikesemua 14 pilihanraya termasuk sebelum merdeka.

- Kita faham denyut nadi rakyat dan kita fahami. Kita yakin tiada parti lain yang dapat sokongan kita selain parti UMNO yang kita sayangi ini. Jika harap parti lain, tak mungkin Malaysia akan capai kejayaan seperti kini.

- Pas pun pecah tiga, Pas ada Pasma, dan GHB, Gerakan Haru Biru. Tak mungkin mereka boleh lakukan lebih baik dari kita.

- Jika kita ada masalah, kita selesaikan secara dalaman dan kita kuatkan kembali parti kita dan kita akan menang PRU. Pada Pemimpin peringkat atasan, saya rasa risau, seriau dengan keadaan yang kita hadapi sekarang ni, bila kita berjumpa dengan rakyat dan rakyat adu keluh kesah mereka.

- Bila kita dapat maklumat ni, kita mahu pemimpin atasan lakukan sesuatu dan melakukan penambahbaikan.

- Kita lakukan ini bukan untuk pecah belahkan parti, kita lakukan untuk kuatkan parti. Kita tak mahu pada PRU ke 14 ini kita tewas. Kita tak boleh bayangkan, jika kita bukan lagi kerajaan. Kita ada demokrasi, ada tadbir urusnya, untuk kita memilih pemimpin.

- Kita taknak merusuh dijalanan, kerana parti ini lahir di istana. Kita menolak mana-mana pihak, mahu menarik ahli UMNO merusuh, seperti mana BERSIH 4. Ini bukan cara kita.

**Pemilihan Parti

- Bersama kita pemimpin dari Semporna. Kita turut merasa sedih, apabila DSSA digugurkan dari kabinet. Dalam masa yang sama, DSSA dipilih oleh perwakilan UMNO di seluruh Malaysia. Oleh kerana itu, mereka yang menang, dipilih oleh ahli UMNO seluruh negara, bukan lantik. Tak semudah itu, untuk digugurkan, mempertahankan kesemua ketua kita yang dipilih oleh ahli UMNO.

- Jika nak bawa perubahan, bukan secara pecat memecat. Jika nak bawa perubahan, ianya melalui pemilihan parti.

- Saya nak mencadangkan, atas sebab ada pertimbangan baru. Maka saya mengsyorkan agar tidak menangguhkan pemilihan UMNO. kerana saya sayangkan parti. Biarlah ahli UMNO yang tentukan, adakah kita masih layak dan berhak, untuk memegang jawatan yang kita pegang kini, atau kita nak bawa sedikit sebanyak perubahan.

- "Saya rela ditolak dari kalangan kita (ahli parti), dari kita ditolak oleh rakyat pada PRU akan datang"

- Kerana kita nak bersiap sedia untuk bawa parti berhadapan dengan PRU. Bila ditanya peluang UMNO dalam PRU, jawapan terbaik ialah 'No Komen' kalau yang komen, mesti macam2.

**Kritikan Membina

Apa juga kritikan membina oleh Naib Presiden kita nanti, baik ianya menjadi hikmah dan iktibar oleh kita. Kerana ia boleh berlaku pada kita pada bila-bila masa. Saya rela ditolak oleh dari kalangan kita, dari kita, dari ditolak rakyat pada PRU yang akan datang. Maka saya harap apa jua yang kita lakukan hari ini, lakukan yang terbaik barulah kita boleh berjuang bersungguh-sungguh didalam parti ini.

**sedikit diedit oleh admin.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ucapan Menarik DS Mukhriz di Mesyuarat Perwakilan Umno Jerlun Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top