Latest News

Sunday 14 June 2015

6 Jenazah Rohingya Di Kebumi Esok Di Pokok Sena


Alor Setar, 6 jenazah dari 106 jenazah mangsa kekejaman pemerdagangan manusia akan dikebumikan esok di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang, Jabi, Pokok Sena Kedah.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, setelah perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Kedah, kesemua mangsa berjumlah 106 jenazah akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat setelah proses bedah siasat selesai.

"Proses bedah siasat ini bukan sahaja dilakukan oleh pakar-pakar di Kedah tetapi kebanyakkan dari Pusat, Kerajaan Kedah berasa kesal dan kecewa dengan kekejaman yang di lakukan terhadap mangsa-mangsa ini, walaupun apa alasannya". Ujarnya.

Hasil bedah siasat ke atas 106 mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam "Ops Wawasan Khas" mendapati kebanyakannya menemui ajal dipercayai akibat kebuluran.

Semalam Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisen Shafie Ismail berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tanpa ada sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata menerusi laporan bedah siasat oleh unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah yang diperoleh 2 hari lepas juga mendapati ada mayat yang masih baharu dan ada juga yang meninggal dunia awal tahun lepas.

"Namun tempoh sebenar kematian perlu dirujuk semula oleh pihak hospital, forensik juga belum dapat memastikan kewarganegaraan mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan berkafan," katanya.

Esok 15 Jun, 6 jenazah rohinya ini akan dikebumikan di tapak perkuburan Islam itu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 Jenazah Rohingya Di Kebumi Esok Di Pokok Sena Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top