Kota ni simpan macam macam CeritaPasaiKedah. Disinilah bukti orang Kedah bertahan dari dijajah selama hampir 4 abad. Kota ini juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua sekali di utara Malaysia.
Di tembok penghadang ombak bersebelahan kota ini juga popular dengan aktiviti memancing dan menjala. Ikan yang terdapat di sini adalah seperti sembilang, duri, gelama, belanak dan udang. Pemancing yang datang biasanya tidak pulang dengan tangan kosong sekiranya datang pada waktu air pasang. Pada ketika air surut terdapat sebilangan pengunjung yang datang membawa jala untuk menjala udang putih yang banyak terdapat di situ.
Pada mulanya kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pembinaannya mendapat bantuan dari pihak Portugis, iaitu semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602-1620) yang memerintah kota Seputeh. Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan Portugis diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi dimusnahkan oleh armada Bugis (1770)
Semasa pemerintahan Sultan Mukarram Shah, Sultan kedah ke-20 (1778-1797), baginda mengarahkan agar kota ini dibina semula (1780-1782) seperti dalam pelan atau kedudukannya yang ada sekarang. Hafiz Sab, seorang arkitek menjawat jawatan sebagai Maharaja Kadhi telah mengetuai semula pembinaan kota ini dengan menggunakan buruh-buruh dari India.
Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari Belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Di samping menjadi pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah 2, Sultan Kedah ke 22 (1804-1845). Semasa pemerintahan baginda, kota ini telah diserang dan dimusnahkan armada Siam pada 12 November 1821. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai monumen lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah akta Bendapurba bilangan 168/1976 padda 31 Ogos 1978.
sumber dari SINI
0 comments:
Post a Comment