Latest News

Friday 4 September 2015

ADUN Diminta Guna Saluran Betul Untuk Kritik - Setiausaha Umno Kedah


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Kedah diminta tidak mengkritik kepimpinan kerajaan negeri secara terbuka sebaliknya menggunakan saluran yang betul dan bersemuka.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Othman Aziz berkata, tindakan mengkritik secara terbuka terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh melemahkan kepimpinan kerajaan negeri dan memberi kesan terhadap UMNO Kedah.

"Sepatutnya ADUN yang tidak berpuas hati itu boleh berjumpa Mukhriz secara tertutup dan suarakan isi hati mereka. Jangan guna media sosial untuk mengkritik kerajaan negeri pimpinan UMNO," katanya kepada pemberita Khamis.

Menurutnya, kejayaan UMNO di Kedah bergantung kepada semangat berpasukan dan kesemua anggota parti perlu bersatu-padu untuk mencapai matlamat parti dan memastikan kejayaannya.

Othman berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap kepimpinan Mukhriz oleh ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin di dalam laman-laman sosial baru-baru ini.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ADUN Diminta Guna Saluran Betul Untuk Kritik - Setiausaha Umno Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top