Latest News

Wednesday 16 September 2015

DS Mukhriz Menteri Besar Pertama Ke SMK Pokok Sena


Menteri Besar Kedah , Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Besar pertama hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena sepanjang penubuhan sekolah ini sejak 50 tahun lalu. 

Semasa berucap di Majlis Karnival Jubli Emas 2015 sekolah ini, beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena atas usaha yang ditunjukan dalam mencemerlangkan pelajar sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sukan. 

Menurut Dato Seri Mukhriz lagi, Kerajaan Kedah tetap komited bagi merangka program pendidikan dalam usaha meletakan Kedah ditempat teratas diperingkat nasional. Kedah pada 2015 telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi permulaan menyediakan pelbagai program dan strategi untuk membantu pelajar meningkatkan pretasi akademik dan ia dapat dimanfaatkan sekurang-kurangnya 340 ribu pelajar seluruh Kedah.




Kerajaan Kedah telah melancarkan aplikasio E-Tutor yang menawarkan kelas tuisyen dalam talian secara percuma kepada lebih 280.000 pelajar di negeri ini. Aplikasi tersebut membolehkan para pelajar yang berusia antara 10 hingga 17 tahun mengulangkaji pelajaran dan menjalani latihan dengan dipantau oleh guru serta ibubapa masing-masing.

Inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri ini merupakan sebahagian daripada usaha bagi memastikan Kedah tersenarai sebagai lima negeri teratas dalam bidang akademik di negara ini.




Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri Kedah menyasarkan untuk mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri untuk diisi siswazah kelahiran negeri itu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Antara industri dikenal pasti mampu menawarkan peluang pekerjaan dalam jumlah yang banyak adalah industri pembuatan termasuk elektrik dan elektronik selain sektor perkhidmatan dan pertanian.

Kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan dalam usaha mencapai sasaran mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan untuk mahasiswa Kedah selepas mereka tamat belajar nanti. Antara bidangnya adalah industri penerbangan, getah dan lain-lain industri yang dalam proses untuk berkembang dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Ketika ini, Kerajaan Negeri Kedah menyasarkan untuk membentuk peluang pekerjaan yang mampu menawarkan pendapatan tinggi untuk diisi dalam kalangan siswazah anak Kedah. Contohnya kejayaan kita mewujudkan 22,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di Taman Teknologi Kulim. Ada yang mampu meraih RM6,000 sebulan melebihi purata pendapatan tinggi nasional, jelasnya. 




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Menteri Besar Pertama Ke SMK Pokok Sena Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top