Latest News

Wednesday 16 September 2015

Mayat Dipercayai Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Berisi Konkrit


Mayat yang dipercayai Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak 4 Sept lepas ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini awal pagi Rabu.

Mayat ditemui kira-kira pukul 6 pagi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang.

Pasukan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat keluar masuk di kawasan penemuan sejak awal pagi dengan dan bau mayat turut dapat dihidu walaupun pihak media hanya dibenarkan berada kira-kira 100 meter daripada lokasi penemuan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli turut kelihatan berada di lokasi.

Zainuddin ketika ditemui pemberita belum dapat mengesahkan sama ada mayat itu adalah milik Morais dengan satu sidang media dijangka diadakan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya pada 1 tengah hari ini.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Siasatan polis mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semasa hari kejadian menunjukkan kereta Morais telah dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum beliau ditarik keluar dari kereta tersebut dan dibawa lari.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mayat Dipercayai Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Berisi Konkrit Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top