Latest News

Sunday 20 September 2015

Ds Mukhriz Rasmi Wajah Baharu Central Square SP (Ucapan Penuh )


Ucapan Penuh

YAB DATO' SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN RASMI WAJAH BAHARU KOMPLEKS MEMBELI BELAH CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI

DI KOMPLEKS MEMBELI BELAH CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-rata

YB. Dato’ Haji Mohd Rawi Bin Haji Abd. Hamid,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

YBhg. Haji Abdul Rahman Bin Ismail,
Pegawai Daerah Kuala Muda

YBhg. Puan Zalila Mohd Toon,
Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan
Hektar Asset Management Sdn Bhd

Tuan-Tuan dan Puan-Puan / Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi puji-pujian ke hadrat Allah SWT, pada petang ini kita dapat bersama-sama di Majlis Pelancaran Wajah Baharu Kompleks Membeli-belah Central Square dalam suasana yang aman dan harmoni.

Saya berpandangan bahawa pelancaran wajah baharu Central Square pada hari ini merupakan detik penting yang selari dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menaikkan taraf kemudahan kepada rakyat jelata dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Dapat diperhatikan infrastruktur peruncitan di Central Square sekarang adalah lebih teratur lagi bertaraf tinggi sejajar dengan kenaikan taraf hidup yang dikecapi oleh penduduk Sungai Petani dan kawasan sekitarnya.

Saya amat berpuas hati dengan transformasi yang dilaksanakan oleh pihak Hektar REIT selaku pemilik baharu kompleks membeli belah ini.

Kerajaan Negeri amat mengalukan-alukan kedatangan para pelabur untuk untuk serta dalam program pembangunan ekonomi di Sungai Petani dan seluruh negeri Kedah amnya.

Saya akan memastikan para pegawai kerajaan akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada para pelabur yang sedia ada dan yang ingin datang melabur di negeri Kedah.

Hadirin yang saya hormati,

Saya percaya bahawa kebangkitan semula Central Square ini memang telah lama dinantikan oleh para penduduk Sungai Petani. Ia telah banyak menyumbang kepada kenangan manis sewaktu mereka melalui zaman remaja dan seterusnya setelah berkeluarga.

Saya mendoakan agar Central Square terus berkembang maju dan dapat menyumbang kepada kemakmuran dan keharmonian hidup masyarakat negeri Kedah.

Dengan pelancaran Tahun Melawat Kedah, atau lebih tepat lagi, Discover Kedah 2016, saya percaya Central Square akan menjadi tempat tumpuan para pelancong dari dalam and luar negeri.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh rakyat Kedah di mana saja mereka berada Selamat Hari Raya Aidil Adha yang akan kita sambut beberapa hari lagi. Kepada yang akan memandu untuk pulang ke kampung halaman masing masing, berhati-hati dalam perjalanan.

Dengan ini, saya sukacita merasmikan Kompleks Membeli Belah Central Square yang berwajah baharu pada petang ini.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.









  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ds Mukhriz Rasmi Wajah Baharu Central Square SP (Ucapan Penuh ) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top