BELIA KEDAH MENYOKONG PENUH YAB DATO' SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR SEBAGAI MB KEDAH DAN MAHU YAB PM TUNAIKAN JANJI LITAR LUMBA KEPADA GOLONGAN MUDA KEDAH!
- Kenyataan Media Majlis Belia Negeri Kedah -
Majlis Belia Negeri Kedah dan seluruh Badan Gabungan serta anak muda negeri Kedah menyokong penuh dan berdiri teguh bersama kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darulaman.
Sokongan anak muda di Kedah terhadap YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bukan sahaja berlaku sebelum PRU ke 13, malah berterusan sehinggalah sekarang.
Anak muda Kedah menyokong Barisan Nasional, Kerajaan yang memerintah sekarang kerana YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berjaya menyakinkan kami untuk menyokong Barisan Nasional.
Telah banyak program yang dilaksanakan sepanjang YAB Dato Seri Hj Mukhriz memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah sebagai Menteri Besar. Malah ia memberi nikmat dan faedah kepada rakyat negeri Kedah khususnya golongan belia.
Beliau sentiasa mengambil berat dan menyelesaikan masalah rakyat serta mengamalkan sikap mesra rakyat yang cemerlang.
Mutakhir ini, wujud satu gerakan dari segelintir ahli politik yang mahukan pertukaran dilakukan bagi mengantikan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Majlis Belia Negeri ingin menegaskan bahawa sebarang pertukaran Menteri Besar pada masa sekarang atau masa hadapan tidak relevan dan hanya akan memberi satu implikasi buruk yang besar kepada Kerajaan Barisan Nasional di mana anak muda Kedah akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara yang telah bersetuju menawarkan kepimpinan muda, iaitu YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir untuk menerajui negeri Kedah sebelum PRU 13 yang lalu.
Majlis Belia Negeri Kedah menghormati kepimpinan Perdana Menteri YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan berterima kasih kerana telah menunaikan sedikit janji kepada golongan belia di Kedah.

Kegusaran yang timbul dikalangan anak muda Kedah berkaitan beberapa janji yang telah dibuat dihadapan puluhan ribu anak muda negeri Kedah sebelum PRU ke 13 oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak antaranya Litar Lumba untuk golongan muda di Kedah dan juga bantuan RM100 kepada golongan muda yang hendak berkahwin bagi menghadiri kursus pra-perkahwinan.
Majlis Belia Negeri Kedah yakin dan percaya di peringkat Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan pelan dan tanah sebagai tempat pembinaan litar tersebut.
Kami berharap agar kerajaan pusat akan menepati janji memberi peruntukan untuk pembinaan litar tersebut. Begitu juga dengan kursus pra-perkahwinan secara percuma yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan mengunakan peruntukan yang sedia ada dari Kerajaan Negeri sendiri.

Majlis Belia Negeri Kedah memohon agar peruntukan-peruntukan berkaitan dapat disalurkan kepada Kerajaan Negeri agar janji-janji itu dapat ditepati dan dilaksanakan.
Majlis Belia Negeri Kedah sekali lagi ingin menegaskan bahawa rakyat negeri Kedah khususnya golongan belia menyokong penuh dan berkeyakinan tinggi terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Negeri Kedah.
#KEKALMUKHRIZ #BELIABERSAMAMUKHRIZ #TUNAIKANJANJI #HANYADIKEDAH

0 comments:
Post a Comment