Latest News

Friday 18 September 2015

Helang Merah Bersiap sedia Menentang Terengganu Malam Ini


Gambar sumber Media KFA 

Skuad Helang Merah Kedah bersedia menanti kunjungan Skuad Terengganu dalam aksi Liga Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam nanti. 

Tentunya perhatian akan diberikan sepenuhnya terhadap import Kedah seperti Liridon dan Sandro yang sentiasa mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan mengawal permainan.

Perlawanan malam ini bertambah meriah dengan kehadiran Presiden Bolasepak Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir.

Dalam aksi lima perlawanan  sebelum ini Ia memihak kepada Kedah dengan dua kemenangan dan dua seri serta satu tewas. 


Info tiket malam nanti 


JADUAL PENJUALAN TIKET TM PIALA MALAYSIA 2015
Stadium Darul Aman

KEDAH v TERENGGANU
18.9.2015 Jumaat 8.45 malam
Stadium Darul Aman

LIVE di TV3 dan streaming di TONTON.COM.MY

HARGA TIKET:
RM22.00 Astaka Utama
RM16.00 Berbumbung
RM10.00 Terbuka

*Kanak-Kanak bawah 7 tahun tidak dikenakan tiket.

*Harga tiket termasuk caj 6% GST yang dikenakan oleh pihak pengeluar tiket.

WAKTU JUALAN:

Khamis: 3:00 - 6:00 ptg
Jumaat: 9:00 pagi - 9:30 malam

KAUNTER TIKET:

Khamis:
-PETANG- 3:00 petang - 6:00 petang
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter D -Depan KFC- (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

Jumaat:

-PAGI- 9:00 pagi - 12:00 tengahari
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter B, D (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

-PETANG- 3:30 petang - 9:30 malam
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter B, D, F (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

LALUAN PINTU MASUK STADIUM:
Astaka utama (W1 & W2)
Berbumbung (B1 & B4)
Terbuka / Teres (T1, T3, T4 & T6)

==================================================
Jualan tiket online di www.tiketbola.com.myuntuk perlawanan:

KEDAH vs TERENGGANU pada 18 SEPTEMBER 2015
8:45PM | Stadium Darul Aman

Jualan online: Dibuka sehingga 11:59 malam Khamis

Tarikh penebusan pada hari perlawanan
Jam 3.30 petang - 9.00 malam

==================================================

Lokasi penebusan tiket:

Kaunter A3 (kaunter khas), Stadium Darul Aman
1. Maksima 5 tiket untuk seorang pembeli.
2. Sila bawa resit pembelian bersama dengan kad pengenalan untuk menebus tiket di kaunter khas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Helang Merah Bersiap sedia Menentang Terengganu Malam Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top