Latest News

Saturday 19 September 2015

Video : Helang Merah AMOK Di Darulaman


Juara Liga Perdana, Kedah mengutip tiga mata berharga dalam saingan Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas Terengganu pada aksi Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Helang Merah mendahului carta kedudukan Kumpulan A dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

Penyerang import dari Brazil, Sandro Da Silva muncul wira pasukan Kedah apabila meledak hatrik pada minit ke-51, ke-66 (penalti) dan ke-81.

Dua lagi gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Muhd Farhan Roslan pada minit ke-71 dan Mohd Alif Fadzil pada minit ke-86.

Terdahulu, Terengganu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain setelah pengadil, Muhd Nazmi Nasaruddin melayangkan dua kad merah kepada pemain pasukan pelawat yang melakukan kekasaran ke atas pemain Kedah.

Muhd Hafizal Mohamad menerima kad merah pada minit ke-24 selepas mengasari Muhd Farhan sebelum penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha diperintah keluar padang pada minit ke-75 selepas mengasari Osman Md Yusuf.




Kemenangan yang dicari berkesudahan dengan jaringan meyakinkan, 3 mata berharga di halaman sendiri.

Kedah 5-0 Terengganu. Gol Hattrik oleh Sandro dan 1 gol masing-masing oleh Muhd Farhan Roslan dan Alif Fadhil.


Kemenangan yang dicari berkesudahan dengan jaringan meyakinkan, 3 mata berharga di halaman sendiri.Kedah 5-0...
Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Friday, 18 September 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Helang Merah AMOK Di Darulaman Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top