Latest News

Saturday 26 September 2015

KERJASAMA ANTARA CARDIFF CITY FC DAN KFA DITERUSKAN



Cardiff City, United Kingdom - Satu perjumpaan telah diadakan antara wakil khas kepada YAB Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir iaitu En. Anas Hafiz Mustafa dengan Pengarah Urusan Eksekutif Cardiff City FC, En. Khen Choo 12.30 tengahari (waktu di Cardiff) bertujuan untuk melaporkan mengenai kedudukan pasukan utama Kedah dan prestasi para pemain muda yang pernah dihantar berlatih di Akademi Cardiff City FC awal tahun ini.


En. Ken Choo dari Cardiff City FC sangat berbangga dengan kejayaan pasukan Kedah menjuarai Liga Premier 2015 baru-baru ini dan kejayaan pemain muda dari skuad Piala Presiden Osman Yusof dan Shazuan Hazani yang telah beraksi dengan skuad utama Kedah setakat ini.



En. Ken Choo juga cukup gembira dengan kejayaan anak muda Kedah dan dengan besar hati menyampaikan pakaian latihan baru Cardiff City FC buat 2 anak muda Kedah, Osman & Shazuan atas pencapaian cemerlang meraka setakat ini.

Di akhir pertemuan, beliau juga membawa En. Anas Hafiz melawat ke Cardiff City FC Merchandise Superstore yang baru dan sempat menyampaikan jersi musim baru Cardiff City FC yang ditandatangani oleh semua pemain Cardiff City FC kepada YAB Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Antara agenda En. Anas Hafiz kali ini adalah untuk mencari peluang kerjasama sekali lagi dalam menghantar beberapa pemain muda berbakat Kedah dan setakat ini mendapat maklumbalas positif dengan Cardiff City FC melalui pengarah operasinya, En. Ken Choo menawarkan tempat untuk 4-6 orang pemain muda dari Kedah untuk berlatih bersama Cardiff City FC bermula Januari 2016.

Semoga peluang ini digunakan sebaiknya oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah dan pemain muda yang terpilih nanti untuk menimba pengalaman berharga bersama kelab dari Wales tersebut.

Perjuangan skuad hijaukuning diteruskan!

sumber : Media KFA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KERJASAMA ANTARA CARDIFF CITY FC DAN KFA DITERUSKAN Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top