Latest News

Monday 21 September 2015

PENGISYTIHARAN KEMANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN MUDA KEDAH


Bismillah Hirrohmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Raja Puan Muda Kedah, telah mangkat pada jam 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada hari ini, Isnin 21 September 2015 masihi bersamaan 07 Zulhijjah 1436 Hijriah.

Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Raja Puan Muda Kedah akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada hari ini jam 3.00 petang

Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Raja Puan Muda Kedah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan untuk penghormatan terakhir, mulai jam 4.00 petang hingga 5.00 petang dan kemudian akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada hari ini jam 6.00 petang.

Alfatihah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PENGISYTIHARAN KEMANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN MUDA KEDAH Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top