Latest News

Thursday 15 October 2015

Bekas Timbalan Rektor KUIN DI Umum Tokoh Maal Hijrah Negeri Kedah 1437H


Bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Abd Rahman Mustafa, 65, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kedah dan wang tunai RM10,000; sijil penghargaan dan hadiah sampingan berbentuk plak daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Abd Rahman berkata anugerah itu merupakan pembakar semangat buat dirinya untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui kerja-kerja sukarelawan, walaupun sudah berpencen pada 2012 sebagai Timbalan Rektor KUIN yang dijawatnya pada tahun 2008.

Abd Rahman yang dilahirkan di Kampung Permatang Setar, Pulau Pinang, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun lepas.

Sementara itu, Noor Adlan Loy Abdullah, 45, yang berasal dari Alor Setar menerima Anugerah Tokoh Saudara Kita dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000; sijil penghargaan dan plak.

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz turut hadir dalam majlis ini bersama Isteri dan juga barisan kepimpinan Kerajaan negeri Kedah yang lain. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bekas Timbalan Rektor KUIN DI Umum Tokoh Maal Hijrah Negeri Kedah 1437H Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top