Latest News

Wednesday 7 October 2015

Langkawi Mulai Pulih Daripada Jerebu


LANGKAWI, 7 Okt (Bernama) -- Keadaan jerebu di Langkawi beransur pulih hari ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana dicatatkan.

Setakat pukul 10 pagi ini, bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar berada di paras 94 setelah mengalami keadaan udara tidak sihat sejak Ahad lepas.

Keadaan jerebu terbaharu ini juga menjejaskan aktiviti harian dan program yang dirancang dalam tempoh tersebut.

Semua sekolah ditutup sejak Ahad sehingga hari ini dan dijangka beroperasi semula esok sekiranya keadaan cuaca semakin pulih.

Operasi penerbangan yang turut terjejas sejak Isnin lepas berikutan jarak ketampakan terbatas Ahad lepas telah kembali pulih.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Langkawi Mulai Pulih Daripada Jerebu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top