Latest News

Saturday 17 October 2015

" Tiada Pembangunan Komersial di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah" - Jabatan Warisan Negara


Jabatan Warisan Negara (JWN) menegaskan tiada pembangunan komersial di tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Ia memandangkan Jabatan Warisan telah membuat pengambilan tanah di Lot 709, 1284, dan 1286 yang berkeluasan 30.5 hektar itu bagi tujuan penyelidikan arkeologi tamadun awal sejarah negara.

"Sehubungan itu, cadangan pembangunan di tapak tersebut perlu mendapat syor dan cadangan pemunya dan penjaga iaitu Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian," menurut kenyataan JWN hari ini.

Kenyataan tersebut turut menyebut, pembangunan infrastruktur bagi penyediaan kemudahan awam serta prasarana yang menonjolkan hasil penyelidikan arkeologi Sungai Batu sudah dirancang JWN bersama kerajaan negeri di lot bersebelahan, iaitu lot 710 yang dimiliki kerajaan negeri.

Malah lot tersebut turut dikenalpasti tidak mempunyai bukti arkeologi bagi dibangunkan untuk kemudahan awam.

Tapak arkeologi Sungai Batu menyimpan pelbagai khazanah negara termasuk kewujudan sebuah monumen ritual yang sudah disahkan menerusi proses saintifik sebagai berusia kira-kira 1,900 tahun.

Sejak 2007, JWN telah membuat penyelidikan dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan sehingga kini penyelidikan di tapak tersebut dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia.

-- BERNAMA






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: " Tiada Pembangunan Komersial di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah" - Jabatan Warisan Negara Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top