Latest News

Saturday 17 October 2015

Video : Saya Akan Menjadi MB Paling Gembira Sekiranya Kedah Dapat TOP5 - Mukhriz



" Saya akan menjadi Menteri Besar yang paling gembira kalau dalam SPM tahun ini kita boleh mencapai sasaran tersebut (Top 5 dalam Malaysia)" itulah kenyataan YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir didalam sidang media beliau selepas merasmikan Bengkel Pecutan SPM Kedah e-Tutor di Dewan Seri Mentaloon kelmarin.

Pada tahun ini, seramai 35,524 orang pelajar Tingkatan 5 di seluruh negeri Kedah akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meliputi 2,127 orang calon persendirian dan 33,397 orang bukan persendirian.


Bagi membantu pelajar -pelajar Tingkatan 5 untuk membuat persediaan terakhir bagi subjek Matematik Tambahan dan Fizik sebelum menduduki peperiksaan tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Pecutan SPM Kedah e-Tutor ini dengan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan TH3 Holdings Sdn Bhd.

Seramai 1500 pelajar Tingkatan 5 dari 44 buah sekolah di seluruh negeri Kedah yang juga turut disertai oleh 191 pelajar dari Maktab Mahmud Alor Setar dan Maktab Mahmud Yan telah menyertai bengkel ini kelmarin.


" Saya akan menjadi Menteri Besar yang paling gembira kalau dalam SPM tahun ini kita boleh mencapai sasaran tersebut...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, 16 October 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Saya Akan Menjadi MB Paling Gembira Sekiranya Kedah Dapat TOP5 - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top