Latest News

Saturday 17 October 2015

Video Gelagat Pelajar2 SPM Berselfie Bersama DS Mukhriz



Gelagat pelajar-pelajar yang mengikuti Bengkel Pecutan Akhir SPM Kedah e-tutor mahu #selfie dengan YAB MB kita selepas beliau merasmikan program berkenaan di Dewan Seri Mentaloon siang tadi.

Bagi tidak menghampakan pelajar-pelajar terbabit, YAB MB tetap meluangkan masa bersama mereka yang sudah pun siap sedia menunggu disepanjang laluan YAB hendak menuju ke bilik Sidang Media.

Dalam ucapan YAB dihadapan pelajar-pelajar, YAB sering mengatakan yang beliau melihat pelajar-pelajar yang berada dihadapan beliau bukannya hanya pelajar-pelajar biasa. Beliau melihat dihadapannya merupakan bakal-bakal orang yang berjaya dimasa hadapan.

Ketika dalam sidang media siang tadi, YAB memaklumkan yang beliau akan menjadi Menteri Besar yang paling gembira sekiranya pelajar-pelajar di Kedah berjaya dalam peperiksaan dan melonjakkan Negeri Kedah menjadi negeri ''TOP 5 " yang berjaya dalam segala peperiksaan penting persekolahan di Malaysia.

Semoga hasrat YAB tercapai. Sama-samalah kita mendoakan.


Gelagat pelajar-pelajar yang mengikuti Bengkel Pecutan Akhir SPM Kedah e-tutor mahu #selfie dengan YAB MB kita selepas...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 15 October 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video Gelagat Pelajar2 SPM Berselfie Bersama DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top