Latest News

Monday 16 November 2015

#BajetKedah2016 : Anggaran Perbelanjaan


Bajet Kedah 2016 memperuntukan sebanyak RM794,107,227 untuk perbelanjaan mengurus. Cadangan daripada jumlah ini, sebanyak RM184,536,845 adalah diperuntukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang.

Dengan mengambilkira anjuran hasil dan perbelanjaan kerajaan, Bajet tahun 2016 menganggarkan defisit sebanyak RM72,482,482 berbanding RM68,460,960 bagi tahun 2015. Bajet ini adalah bersifat realistik berdasarkan keupayaan Kerajaan menjana hasil dan keperluan perbelanjaan sebenar. 

Peningkatan hasil yang telah dikenalpasti adalah daripada caj perparitan serta bayaran premium tanah dibawah pemilikan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan juga sektor swasta. Kerajaan menjangkakan hasil negeri akan meningkat berikutan beberapa projek antaranya projek perumahan, pembangunan bercampur, dan tapak industri baharu yang akan dibangunkan di seluruh negeri.

Kerajaan menggangarkan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2016 adalah berjumlah RM261,036,865. Daripada jumlah ini, RM184,536,825 adalah caruman daripada perbelanjaan mengurus dan bakinya adalah pelbagai terimaan dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Manakala RM92,730,791 diperuntukan untuk projek pembangunan bekalan air yang menggunakan peruntukan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. 

Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan diatas pemberian tahunan berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan kesejahteraan Hidup (TAHAP) berjumlah RM24,408 juta.

Ini adalah bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dinegeri Kedah seperti pembinaan jalan dan jambatan, pertanian, pengairan dan saliran, pembinaan bangunan masjid surau, sekolah agama dan peningkatan infrastruktur oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun disebabkan keperluan pembangunan di negeri Kedah melebihi daripada had kelayakan yang ditetapkan oleh persekutuan, Bajet 2016 memperuntukan sebanyak RM28.02 juta melalui pelbagai Jabatan negeri bagi melaksanakan projek-projek TAHAP. Kerajaan berharap agar lebihan sebanyak RM4.2 juta ini akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2016 : Anggaran Perbelanjaan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top