Latest News

Monday 16 November 2015

#BajetKedah2016 : Semakan Kadar Cukai Sewa Tanah


Kerajaan telah meluluskan semakan kadar cukai sewa tanah pada tahun 2015 yang akan mula berkuatkuasa pada 01 Januari 2016. Semakan kadar sewa tanah yang terakhir telah dibuat pada tahun 2005 dan mula berkuatkuasa pada 01 Januari 2006.

Namun pelaksaan kadar semakan berkenaan telah terhenti pada tahun 2008 apabila kerajaan pada masa itu telah melaksanakan rebat sebanyak 20 peratus iaitu pengurangan hasil sebanyak lebih kurang RM50.0 juta daripada kadar cukai sewa tanah semasa yang perlu dibayar.

Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk membuat semakan dan menyelaras semula cukai sewa tanah secara berkala selepas tempoh sepuluh (10) tahun dari tarikh semakan terakhir.

Sehubungan itu, pentadbiran tanah telah merangka semakan kadar cukai sewa tanah dengan lebih teperinci supaya kajian yang dilaksanakan lenih menyeluruh. Pandangan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan serta perbandingan dengan negeri-negeri lain seperti, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor telah digunakan  sepanjang tempoh sepuluh (10) tahun akan datang.

Selain daripada semakan kadar cukai sewa tanah semasa, pentadbiran tanah juga telah mencadangkan struktur cukai yang merangkumi kategori tanah, syarat nyata tanah serta lokasi tanah agar lebih mudah difahami dan dipraktikkan.

Kerajaan memasstikan semakan ini tidak membebankan penduduk yang berpendapatan rendah, khususnya pemilik rumah teres, rumah kos rendah dan rumah murah kerajaan serta kelompok petani. Kerajaan Berpandangan bahawa cukai patut dikutip daripada mereka yang mampu.

Cukai tidak sepatutnya menjadi beban kepada mereka yang kurang mampu. Dengan yang demikian barulah konsep kutipan cukai adalah lebih adil berbanding dengan pengenaan cukai yang sama rata.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2016 : Semakan Kadar Cukai Sewa Tanah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top