Latest News

Monday 16 November 2015

#BajetKedah2016 : RM10 Juta Untuk Program Pembangunan Sukan Teras


Dalam bajet Kedah 2016 ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM10 juta ringgit bagi pelbagai program pembangunan sukan teras. Sukan diakui telah menjadi satu instrumen bagi memupuk semangat perpaduan dan hubungan baik dalam masyarakat. 

Majlis Sukan Negeri pula telah diperuntukan sebanyak RM7.0 juta bagi melaksanakan program pembangunan atlet muda dan penganjuran acara sukan di seluruh Negeri Kedah.

Dalam usaha menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukan RM8.0 juta melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi pembangunan insfrastruktur sukan di seluruh negeri Kedah.

Ini termasuk kerjaa-kerja awalan bagi membina litar lumba didaerah Kuala Muda. Selain itu Kerajaan juga meneruskan pemberiaan geran tahunan kepada Perbadanan Stadium-stadium Negeri Kedah sebanyak RM1.5 juta bagi membantu kelangsungan fungsi Perbadanan dalam menyediakan kemudahan sukan yang dapat memanfaatkan seluruh rakyat. 



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2016 : RM10 Juta Untuk Program Pembangunan Sukan Teras Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top