Latest News

Monday 16 November 2015

#BajetKedah2016 : Program Bantuan Sewa Rumah Luar bandar Kedah Pertama Di Malaysia


Bajet Kedah 2016 tetap meneruskan pelbagai program pembangunan sosial yang akan memberi manfaat kepada golongan sasar. Sebanyak RM19.2 juta diperuntukan bagi meneruskan program-program pembangunan sosial termasuk projek basmi kemiskinan, projek kecil kemajuan luar bandar dan projek perumahan rakyat.

Bagi memberi keselesaan tempat tinggal kepada golongan yang tidak berkemampuan, Kerajaan Kedah pada tahun 2015 telah memperkenalkan Program Bantuan Sewa Rumah Luar Bandar. 

Negeri Kedah merupakan negeri yang pertama melaksnakan program sedimikian di Negara ini. Melalui peruntukan sebanyak RM1.0 juta, kemudahan berkenaan memberi manfaat kepada 555 isi rumah yang mana keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak layak mendapat rumah dibawah Program Bantuan Rumah dan berada dalam status keluarga miskin.

Kerajaan mendapat respon yang amat memberangsangkan daripada penerima dan berhasrat meneruskan program berkenaan bagi menjamin kelangsungan hidup yang berkualiti kepada keluarga miskin. 

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Kedah dalam bajet 2016 bersetuju meneruskan Program Sewa Rumah Luar Bandar. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2016 : Program Bantuan Sewa Rumah Luar bandar Kedah Pertama Di Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top