Latest News

Monday 16 November 2015

#BajetKedah2016 : Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat



Teras 1 : Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat


Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian adalah perlu dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi masa kini. 

Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM45.96 juta kepada Jabatan Kerja Raya bagi membina dan menjaga infrastruktur awam di negeri Kedah seperti menaiktaraf laluan negeri, membina dan menaiktaraf bangunan kerajaan, serta kerja-kerja elektrik dan mekanikal. 

Kerajaan akan meneruskan projek membina jalan dan jambatan Alor Merah dari Lebuhraya Darul Aman ke Jalan Suka Menanti, Daerah Kota Setar dan projek pembinaan jalan Pendang ByPass di daerah Pendang. Selain itu, kerajaan juga bersetuju memulakan projek menggantikan jambatan sempit di Sungai Berok, Kampung Gajah Puteh, Daerah Sik, menggantikan jambatan di Jalan Datuk Kumbar/ Titi Haji Idris, daerah Kota Setar serta mengganti jambatan Kuala Pegang di daerah Baling. Peruntukan sebanyak RM25 juta juga disediakan bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan dan jambatan diseluruh negeri Kedah mengikut keutamaan.

Bagi menyediakan prasarana kerja yang selesa kepada pentadbiran awam negeri, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM27.5 juta bagi membina dan menaiktaraf bangunan-bangunan Kerajaan Negeri. Bagi tahun 2016, Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan Kompleks Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah Daerah Yan dan Padang Terap.

Bagi memantapkan pengurusan tanah dan pembangunan negeri, dua jabatan utama kerajaan iaitu Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri diperuntukkan pembinaan kompleks pentadbiran baharu di Jalan Suka Menanti sebagai sebahagian daripada projek RMK-11 negeri Kedah. 

Dua kompleks utama ini akan dibina dengan kos pembinaan berjumlah RM55 juta. Kerja-kerja awalan akan dimulakan pada tahun hadapan.

Sebagai sebuah agensi yang membekalkan air bersih untuk keseluruhan Rakyat negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan prasarana bekalan air yang berkualiti kepada Rakyat. Bagi tahun 2016, SADA meneruskan pelaksanaan beberapa projek bekalan air menggunakan peruntukan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM92.73 juta. Antara projek yang dilaksanakan adalah :


• Projek Bekalan Air Sik
• Projek Bekalan Air Pokok Sena
• Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Kulim Hi-Tech
• Kajian Bekalan Air Langkawi


SADA juga telah melaksanakan projek-projek pembangunan bekalan air wilayah-wilayah bagi menambahbaik prasarana bekalan air sedia ada.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2016 : Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top