Latest News

Monday 16 November 2015

#BajetKedah2016 : RM10.42 Juta Laksana Program Pertanian



Dalam sektor pertanian, Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukan sebanyak RM10.42 juta bagi melaksanakan pelbagai program pertanian melalui Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar. 

Antara program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian adalah pembangunan industri padi, buah-buahan, sayuran dan tanaman ladang serta industri asas tani.

Jabatan Veterinar pula meneruskan program pembangunan ternakan unggas/ ayam-itik, peningkatan pembangunan dan pengeluaran bahan makanan, serta pembangunan industri ternakan ruminan dan industri tenusu.

Jabatan Veterinar telah menubuhkan pusat Pembangunan Industri Tenusu di Paya Mat Insun di Daerah Pendang yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutama golongan penternak. 

Program bimbingan Jabatan Veterinar yang melibatkan seramai 60 orang penternak lembu tenusu ini merangkumi bimbingan dan latihan kemahiran penjagaan ternakan ruminan supaya mengeluarkan produk tenusu yang mampu menjana pendapatan lumayan dan sekaligus menyelesaikan masalah kemiskinan penduduk luar bandar. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2016 : RM10.42 Juta Laksana Program Pertanian Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top