Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri Kedah akan meneruskan pembayaran pinjaman bagi pembinaan Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil sebanyak RM45 juta setahun selain pemberian bantuan mengurus kepada KUIN sebanyak RM 11.5 juta.
Jumlah kedua-duanya ialah RM56.6 Juta setahun yang merupakan 7 peratus daripada jumlah peruntukan mengurus.
Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama. Kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072. Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafeteria dan pejabat pentadbiran asrama.
Kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos emolumen yang tinggi iaitu 85 peratus daripada jumlah pendapatan KUIN kerana pengambilan staf yang tidak terkawal dan tidak mengikut kemampuan kewangan. Sehingga kini, jumlah staf KUIN adalah 539 orang
Kerajaan negeri juga terpaksa menangani beberapa isu berkaitan kewangan setelah mengambil alih KUIN pada 2013 iaitu kedudukan kewangan KUIN yang tidak stabil dan mengalami kerugian RM3,589,681 pada 2013, hutang kepada pembekal, tunggakan bil utiliti dan sewa asrama sebanyak RM3,847,514, hutang Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat RM10,661,225.43 selain saman yang perlu dibayar sebanyak RM1,561,571.

Jumlah keseluruhan hutang yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM16,070,310. Bagi mengurangkan kemelut dan beban kewangan KUIN, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tindakan-tindakan perlu dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM5,050,947 daripada bayaran gaji staf bagi 2013 berbanding 2012.
0 comments:
Post a Comment