Latest News

Thursday 19 November 2015

'Eagle Cup Sepak Takraw' Jadi Tarikan Sempena Tahun Melawat Kedah 2016


ALOR SETAR, 19 Nov (Bernama) -- Sukan 'Eagle Cup Sepak Takraw' bakal menjadi satu daripada tarikan utama sempena Tahun Melawat Kedah 2016 yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Aminuddin Omar berkata, sukan tersebut akan melibatkan persatuan dan pemain sepak takraw dari seluruh pelusuk negara seperti Thailand dan Singapura.

"Program yang akan diadakan di peringkat antarabangsa itu akan diselaraskan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah, namun lokasi dan tarikh program belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan," katanya ketika menjawab soalan Romani Wan Salim (PAS-Bukit Pinang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.

Sebelum itu, menjawab soalan Datuk Harun Abdul Aziz (BN-Kupang), Aminuddin berkata terdapat beberapa sukan yang telah dikenal pasti berpotensi diketengahkan di Kedah iaitu silat, tinju dan angkat berat.

Kerajaan negeri katanya dalam usaha memperhebatkan lagi sukan-sukan tersebut bagi menerapkan budaya bersukan di negeri ini serta mencungkil bakat baru untuk diketengahkan.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Eagle Cup Sepak Takraw' Jadi Tarikan Sempena Tahun Melawat Kedah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top