Latest News

Tuesday 17 November 2015

JPS Pulihkan Sungai Untuk Kurangkan Risiko Banjir -Exco




Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah kini dalam proses mengenalpasti sungai yang rosak di negeri itu untuk dipulihkan bagi mengurangkan risiko banjir.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata kerja pemulihan itu dibuat menerusi peruntukan RM4 juta yang diterima JPS negeri.

"Kita cuba selesaikan masalah sungai cetek, dan semak samun di tebing sungai, dan kita lihat sungai mana yang perlu diperdalamkan dan dibersihkan untuk pastikan aliran air berjalan baik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kembara SAS (pengasingan sisa di punca) di sini hari ini.



Menurutnya kawasan sungai yang terjejas akibat banjir di Baling akan dipulihkan semula oleh JPS termasuk membaik pulih titi yang rosak akibat bencana itu yang melanda daerah berkenaan baru-baru ini.

Mengenai persiapan banjir, Badrol berkata perbincangan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam telah dibuat bagi memastikan persediaan menghadapi banjir dilakukan lebih awal.

Badrol berkata beliau telah mengarahkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan meletakkan isu banjir sebagai keutamaan perbincangan.

"Ini supaya semua agensi dapat mencapai kata sepakat untuk pastikan masalah banjir dapat diatasi dan buat masa ini kita selesaikan masalah kecil dahulu melalui peruntukan sedia ada," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JPS Pulihkan Sungai Untuk Kurangkan Risiko Banjir -Exco Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top