Untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negeri, usaha-usaha untuk menarik pelaburan swasta dipertingkatkan dengan peruntukan sebanyak RM3.4 juta untuk agensi promosi pelaburan Kerajaan Negeri iaitu Kedah Investment Centre (KIC). Terkini, dengan kerjasama pihak MIDA, KTPC dan NCIA, KIC telah berjaya menarik pelaburan sebanyak 1 bilion Euro bersamaan lebih kurang RM4.7 bilion daripada syarikat OSRAM yang beribupejabat di Munich,Jerman.
Ia dijangka akan mewujudkan seribu peluang pekerjaan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), disamping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Pelaburan yang setakat ini merupakan yang terbesar di Malaysia dari sesebuah syarikat akan menyaksikan Kedah menjadi lokasi pengeluaran cip LED 6 inci teknologi terbaru yang terbesar di dunia.
0 comments:
Post a Comment