Latest News

Thursday 26 November 2015

Liridon Krasniqi Sambung Khidmat Bersama Lang Merah 2016



Liridon Krasniqi terus bersama skuad hijaukuning untuk musim 2016. Beliau menandatangani kontrak selama setahun lagi semalam selepas perbincangan untuk menyambung kontrak mencapai persetujuan antara beliau dan Persatuan Bolasepak Kedah.

Berita yang dinantikan semua pihak termasuklah pengurusan, penyokong dan peminat bolasepak tanahair.

Buat beliau suasana bolasepak di Stadium Darul Aman amat menakjubkan dan serasi dengan kehidupan disini. Kedah merupakan kelab pertama beliau setelah tidak beraksi selama 8 bulan dengan mana-mana kelab sebelum Kedah menjadi destinasi beliau dan melonjak namanya antara pemain import yang bernilai dalam Liga Malaysia.

Sejak kehadiran beliau April lepas, suntikan perancang tengah yang dicari membuahkan hasil dengan membantu Kedah menjuarai Liga Premier 2015.

Beliau tidak sabar untuk terus membantu skuad hijaukuning mengecap kejayaan di masa hadapan. Fokus 100% pasti Sabtu ini saingan Suku Akhir ke-2 TM Piala Malaysia 2015 menentang PKNS FC di Stadium MP Selayang.

Aksi beliau pasti dinantikan di Liga Super 2016.

Ayuh Liridon #49.

Sumber Media KFA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Liridon Krasniqi Sambung Khidmat Bersama Lang Merah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top