Latest News

Monday, 16 November 2015

Live : 82 Akujanji Berjaya Dilaksana Daripada 92 Akujanji #BajetKedah2016


Daripada 92 akujanji Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu, sebanyak 82 telah berjaya dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN yang diberi mandat untuk mentadbir Negeri Kedah tidak menabur janji-janji kosong, sebaliknya menepati segala janji demi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Rakyat.

Salah satu janji Kerajaan kepada Rakyat iaitu untuk menyediakan perumahan yang selesa, mampu dimiliki daan mencapai kumpulan sasar telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Sehingga kini pembangunan perumahan di negeri Kedah begitu rancak dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Hasrat dan aspirasi kerajaan Negeri Kedah sepertimana didalam akujanji iaitu menyediakan 40.000 unit rumah mampu milik sehingga tahun 2018 telah beradaa diatas landasan yang amat tepat.

Sehingga kini 66 peratus atau 22,617 unit telah atau sedang dibina. Kerajaan amat yakin dalam tempoh sehingga 2018 nanti sasaran Kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik akan tercapai. 



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Live : 82 Akujanji Berjaya Dilaksana Daripada 92 Akujanji #BajetKedah2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top