Latest News

Monday 23 November 2015

SELAMAT MAJU JAYA COACH TAN #LangMerah



Jurulatih Lang Merah, Tan Cheng Hoe ke China sekali lagi untuk meneruskan siri kursus PRO kejurulatihan lanjutan Lesen A selama 20. 

Dalam tempoh ketiadaan beliau sepanjang tempoh itu, skuad hijaukuning akan dikendalikan oleh penolong jurulatih Mohd Nidzam Adzha Yusof dan jurulatih kecergasan Ramon Marcote.

Walaupun zahirnya beliau tidak bersama pasukan ketika aksi suku akhir dan seterusnya jika layak hingga ke final, hatinya tetap bersama pasukan dan terus berhubung dengan jurulatih lain dalam mengatur taktikal pasukan hijaukuning menjelang suku akhir 24 dan 28 November ini.

Beliau sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan dan mungkin sebahagian dari pemain tidak lagi bersama pasukan dan yang mana akan dikekalkan oleh pengurusan sudah pasti akan terus berada dibawah tunjuk ajar beliau nanti. Kontrak sebahagian pemain-pemain tamat pada 30 November ini (namun menunggu ketetapan FAM pada Mesyuarat EXCO FAM 24hb November ini untuk mekanisma kontrak pemain bagi pasukan yang layak ke separuh dan akhir Piala Malaysia) kecuali pemain muda yang telah diikat awal dengan tempoh kontrak 3 tahun awal musim ini.

Beliau akan kembali semula 11 Disember ini dan hanya jika Kedah layak ke Final 12 Disember sahaja, beliau dapat mengemudi kembali skuad Kedah.

Selamat maju jaya Laksamana Cheng Hoe!

Sumber - Media KFA 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SELAMAT MAJU JAYA COACH TAN #LangMerah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top