Latest News

Sunday 15 November 2015

Skim IKA dan SIP OKU untuk Rakyat Kedah Tak Berkemampuan



YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir untuk merasmikan pelancaran Gema Kasih @ Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat peringkat negeri Kedah.

Gema Kasih @ Komuniti ini sebenarnya mengajak kita yang hidup di dalam satu masyarakat di negeri yang aman makmur ini untuk ambil tahu dengan apa yang berlaku disekeliling kita.

Turut bersama beliau ialah YB Exco Dato Suraya Yaacob. Sebagai Exco yang bertanggung jawab dalam portfolio ini.

Program ini untuk kita ambil tahu tentang masyarakat dan bukannya hanya meletak tanggung jawab tersebut keatas JKM semata. Jika masing-masing bekerjasama ia akan memudahkan jabatan tersebut menyalurkan bantuan.

Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri amat prihatin dengan rintihan masyarakat umum mengenai kos sara hidup. Selain bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA).

Mulai tahun 2014, bantuan berbentuk barangan bayi bernilai RM100 telah diberikan kepada setiap keluarga yang menerima kelahiran bayi. Pada tahun ini, Skim Insentif Kelahiran (IKA) ini telah ditambahbaik. Setiap bayi yang berdaftar akan diberikan baucar bernilai RM80. Baucar tersebut boleh ditukar dengan barangan bayi di kedai-kedai terpilih. Baki RM20 pula sebagai deposit bagi membuka Akaun SSPN-i. Pembukaan akaun SSPN-i tersebut, sudah pasti secara tidak langsung akan memupuk sifat suka menabung di kalangan rakyat. Inshaa-Allah, bantuan ini akan ditambah setiap tahun.

Kerajaan Negeri juga turut memperkenalkan satu insentif yang memberi manfaat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Skim Insentif Pendaftaran OKU (SIP-OKU) telah diperkenalkan mulai 2015. Ini bermakna setiap OKU yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah pada 2015 akan menerima insentif bernilai RM100. Insentif sebanyak RM100 ini diharap akan menarik lebih ramai OKU untuk mendaftar.

Pendaftaran tersebut seterusnya akan dijadikan asas bagi membolehkan Kerajaan Negeri mendapat gambaran sebenar mengenai bilangan dan jenis kecacatan OKU. Maklumat dan data tersebut akan memudahkan kerajaan merancang program dan kemudahan yang bersesuaian kepada golongan tersebut.










  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Bantuan IKA tak dapat lagi.. pejabat kebajikan masyarakat kulim habaq voucher habis.. dh 3 bulan tunggu nie..

    ReplyDelete
  2. Pejabat kata nak telefon, sampai sekarang takdak apa2 berita pun..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Skim IKA dan SIP OKU untuk Rakyat Kedah Tak Berkemampuan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top