Latest News

Monday 23 November 2015

Unit BDB Raih Projek Loji Rawatan Air RM51.7 Juta Dari Kerajaan Kedah




KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Unit milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB), BDB Synergy Sdn Bhd, meraih projek loji rawatan air bernilai RM51.7 juta dari kerajaan negeri Kedah.

Dalam kenyataannya hari ini, BDB berkata unit itu memperoleh kontrak dua tahun untuk menyiapkan projek di Sungai Santap, Pokok Sena menjelang November 2017.

"Kami berharap dengan siapnya projek ini, penduduk akan menerima bekalan air bersih untuk kegunaan harian, dan pada masa yang sama, membantu mengurangkan masalah kekurangan air," kata Pengarah Urusan Kumpulan BDB Datuk Izham Yusoff.

BDB berkata unit itu akan bekerja erat dengan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd bagi memastikan semua spesifikasi membangunkan loji rawatan terbabit mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

"Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2016 dan 2017," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Unit BDB Raih Projek Loji Rawatan Air RM51.7 Juta Dari Kerajaan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top