Latest News

Sunday 13 December 2015

Perjuangan Kami Tidak Akan Berhenti' - Kapten Kedah



Naib juara Piala Malaysia, Kedah tekad untuk bangkit pada saingan Piala Malaysia musim depan bagi menebus kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Selangor dalam perlawanan final di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari berkata perjuangan skuad Helang Merah tidak akan berhenti dan akan memperbaiki kelemahan untuk beraksi cemerlang di saingan Liga Super dan Piala Malaysia tahun depan.

"Sudah tentu kita kecewa. 'Target' kita untuk menang Piala Malaysia tapi kami kalah. Sasaran utama kita adalah layak ke Liga Super tahun depan dan tercapai, final Piala Malaysia ini adalah bonus, namun rezeki kita hanya setakat ini.

"Terima kasih kepada semua, pemain dan pegawai yang terlibat dengan pasukan Kedah pada tahun ini. Dalam bola sepak kadang-kadang kita menang, kadang-kadang kita kalah...kita terima dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Piala Malaysia.

Kedah bermula baik pada musim ini apabila pasukan kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe berjaya naik ke Liga Super musim depan dengan menjuarai Liga Perdana.

Kedah, selaku juara Liga Perdana musim ini, pernah menjuarai Piala Malaysia empat kali pada 1980, 1993, 2007 dan 2008.



-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perjuangan Kami Tidak Akan Berhenti' - Kapten Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top