Latest News

Monday 14 December 2015

RM15,000 Untuk Setiap Pemain Utama Kedah - Mukhriz



KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumumkan imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak Kedah yang muncul Naib Juara Piala Malaysia musim ini.

Mukhriz berkata dengan pencapaian luar biasa skuad Helang Merah sehingga berjaya bergelar Naib Juara, imbuhan itu dianggap sebagai berpatutan biarpun bukan jumlah yang besar.

"Kita tahu skuad Kedah berjuang tanpa imbuhan yang besar selama ini. Namun dengan pencapaian luar biasa ini, melalui perbincangan kita setuju untuk memberi imbuhan ini," katanya kepada pemberita pada majlis santapan malam meraikan pasukan Kedah di Istana Negara malam ini.

Mukhriz berkata bagi pemain lain imbuhan turut diberikan berdasarkan peratusan masa yang mereka luangkan bermain untuk pasukan.

Katanya, misi pasukan itu seterusnya ialah menumpukan pada perlawanan Liga Super musim depan.

"Sekarang ini pasukan akan berehat sehingga Februari ini. Selepas itu tumpuan adalah bagi memantapkan lagi pasukan untuk musim depan," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan bola sepak Kedah itu.

Kedah mara ke final Piala Malaysia tahun ini berdepan Selangor selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2008.

Namun Kedah tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan di Stadium Shah Alam malam tadi.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: RM15,000 Untuk Setiap Pemain Utama Kedah - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top