Latest News

Sunday 31 January 2016

Projek-projek Mega yang akan dilaksanakan pada tahun ini #SelamatkanKedah




Kenapa ada pihak yang pulun sangat nak jadi MB Kedah?

Sepatutnya tahun ini, tahun perlaksanaan bagi negeri Kedah. Sudah dua tahun kerajaan ini menanam biji menyemai benih, sudah tiba waktu menuai. Diakui, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir memang kurang menumpukan dalam politik, kerana beliau lebih memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri.
Sepatutnya, begitulah, apabila kita diberi mandat oleh rakyat. Sudah tentu amanah yang digalas amat berat. Kedah bukan negeri kaya, bukan negeri yang mempunyai sumber hasil yang besar. Jadi beliau mula merancang bagi merancakkan ekonomi negeri Kedah.

Tahun ini sepatutnya ada 4 projek besar yang akan dilaksanakan.

Antara projek-projek besar yang sudah diluluskan dan akan dilaksana untuk rakyat Kedah tahun ini.


  • Kedah International Fish Terminal RM1.2 bilion.
  • Pelaburan syarikat OSRAM sebanyak RM 4.7 bilion.
  • Pembinaan LITAR KEDAH RM30 juta
  • Pembinaan Kedah RUBBER CITY RM 384 juta
  • Pasukan bola sepak Kedah di Liga Super.


Ini hasil dari kerja keras pentadbiran YAB MB kita. Bila ada gangguan politik seperti mana sekarang, sudah tentu ianya terjejas, boleh jadi pelabur luar juga akan batalkan hasrat untuk melabur dinegeri kita ini, pasukan bola sepak pasti akan terganggu. Tiada yang baik, mengenai perkara ini.

Memanglah pemimpin kita ni, pemimpin politik, namun tak seharusnya kita berpolitik 24jam. Rakyat harus diutamakan, kalau beginilah cara pemimpin kita berpolitik, tukar 50 kali Menteri Besar pun, negeri kita takkan maju.

Semoga Allah SWT selamatkan negeri kita dari niat jahat, dengki dan khianat.
‪#‎SelamatkanKedah‬
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Projek-projek Mega yang akan dilaksanakan pada tahun ini #SelamatkanKedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top