Latest News

Sunday 10 January 2016

Video : Taklimat Semakan & Pelarasan Cukai Tanah Di Kedah ( Kategori Tanah Kediaman)


Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'KEDIAMAN' yang disampaikan Tuan Hj Mohd Shahdan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ll PTG Kedah.

Admin berharap, rakyat kedah tidak panik dengan khabar berita yang digembar gemburkan kerana kerajaan negeri pentadbiran YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir masih menitik berat lagi perihal rakyat kedah yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk semakan dan pelarasan yang dilakukan setiap 10 tahun sekali ini, kerajaan negeri mengambil kira dari segi keluasan tanah kediaman. Tidak adil sekiranya pemilik kediaman lot banglo membayar kadar lebih rendah berbanding pemilik kediaman lot teres serta Semi 'D' mengikut keluasan tanah.

Bagi golongan memiliki rumah teres yang selalunya berkeluasan 110 hingga 120 meter persegi jelas ianya dari golongan berpendapatan rendah dan Kerajaan Negeri tetap mengenakan kadar minima RM45 satu lot sepertimana sebelum-sebelum ini.(tiada perubahan).

Walaupun kerajaan negeri pentadbiran sebelum ini memberi rebat RM0.12/meter persegi, bayaran minima yang perlu pemilik rumah teres kena bayar, tetap RM45. Rebat sebenarnya hanya dinikmati golongan yang memiliki keluasan tanah lot banglo sekiranya dikira mengikut keluasan.

Manakala bagi kediaman semi 'D' kadar minima telah diturunkan dari RM80 kepada RM70 iaitu penurunan RM10 (Ianya bergantung kepada saiz tanah kediaman). Kenaikan sedikit akan dirasai bagi yang memiliki kediaman berkeluasan lot banglo.

Bagi kediaman di kampung, tak perlu risau sebab tidak terlibat dengan semakan dan pelarasan yang dilakukan Kerajaan Negeri.

Tak salah rasanya bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih dari golongan sederhana dan rendah.


Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'KEDIAMAN' yang disampaikan Tuan Hj...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 9 January 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Taklimat Semakan & Pelarasan Cukai Tanah Di Kedah ( Kategori Tanah Kediaman) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top