Latest News

Sunday 10 January 2016

Video : Taklimat Semakan & Pelarasan Cukai Tanah Di Kedah (Kategori Tanah Pertanian )





Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'PERTANIAN' yang disampaikan Tuan Hj Mohd Shahdan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ll PTG Kedah.

Berdasarkan analisa oleh Pentadbiran Tanah,bilangan lot yang mempunyai keluasan 10 hektar keatas hanyalah 159 sahaja. Ini bermakna hanya sejumlah 159 lot kategori pertanian syarat nyata padi yang terlibat dengan kenaikan kadar cukai sewa tanah pada tahun 2016 iaitu bersamaan dengan 0.14 % sahaja. Kerajaan meletakkan kadar minima tanah pertanian hanya RM10 per lot.

Bagi lot pertanian selain daripada padi pula,kadar yang dikenakan ialah RM30/hektar bagi lot yang mempunyai keluasan kurang daripada 4.04hektar. Kadar ini adalah RM2 LEBIH RENDAH daripada kadar rebat 2008 dan RM9 lebih rendah berbanding kadar semasa semakan tahun 2005.

Bagi keluasanmelebihi 4.04 hektar sehingga kurang daripada 10hektar pula kadar semakan 2015 ialah RM50 iaitu kenaikan sebanyak RM5 berbanding dengan kadar rebat 2008, namun masih lagi rendah berbanding dengan kadar semasa semakan tahun 2005 iaitu RM60. Kenaikan sebenar cukai sewa tanah pertanian adalah kepada pemilik lot yangmempunyai keluasan 40 hektar ke atas. Kadar yang dikenakan ialah RM150/hektar. Kesemua lot pertanian keluasan lebih 40 hektar ini dimiliki oleh syarikat atau individu yang menguruskan pertanian secara perladangan.

Tak salah rasanya bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih dari golongan sederhana dan rendah.


Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'PERTANIAN' yang disampaikan Tuan Hj...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 9 January 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Taklimat Semakan & Pelarasan Cukai Tanah Di Kedah (Kategori Tanah Pertanian ) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top