Latest News

Sunday 10 January 2016

Video : Taklimat Semakan & Pelarasan Cukai Tanah Di Kedah (Kategori Tanah Industri)

Gambar contoh

Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'INDUSTRI' yang disampaikan Tuan Hj Mohd Shahdan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ll PTG Kedah.

Bagi kadar cukai sewa tanah untuk industri pula,Kerajaan meletakkan kadar yang berbeza untuk industri yang mempunyai keluasan kurang daripada 2 hektar. Kebanyakan industri kecil dan sederhana beroperasi di lot-lot yang keluasannya kurang daripada 1,000 meter persegi. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar cukai lot industri sederhana daripada 15 sen/meter persegi kepada 40 sen/meter persegi, namun kadar minima adalah dikekalkan iaitu RM400/lot. Ini bermakna,kebanyakkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) AKAN KEKAL menikmati bayaran minima seperti tahun-tahun yang lepas.


Berdasarkan data yang diberikan oleh Pentadbiran Tanah, sejumlah 8,065 lot industri yang beroperasi di atas tanah yang mempunyai keluasan kurang daripada 1,000 meter persegi. Ini bermakna kesemua lot industri ini akan terus menikmati kadarminima RM400 per lot untuk setahun.

Kadar cukai lot industri di Negeri Kedah adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan negeri lain disemenanjung. Kebanyakan negeri telah meletakkan kadar cukai lot industri melebihi RM1,namun kita masih mengekalkan kadar cukai lot industri di bawah paras RM1. Kadar yang kita kenakan selama ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perlis.


Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'INDUSTRI' yang disampaikan Tuan Hj...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 9 January 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Taklimat Semakan & Pelarasan Cukai Tanah Di Kedah (Kategori Tanah Industri) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top