Latest News

Friday 26 February 2016

Keputusan Najib Menjelekkan! - @MukhrizMahathir


KOMEN YB DATO' SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR MENGENAI KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MENGGANTUNG YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO

"Saya amat kecewa dengan keputusan MT menggantung YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.

Sekali lagi keputusan menjelekkan seperti itu dibuat semata-mata kerana kononnya Tan Sri tidak membantu dan mengkritik Dato Seri Mohd Najib selaku Presiden, sepertimana Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dan saya sendiri juga digugurkan jawatan Kerajaan atas alasan yang sama.

Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik UMNO, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan Presiden parti sebenarnya punca Rakyat mulai menolak UMNO, malah imej negara juga tercemar dipersada dunia.

Adakah tindakan terkini MT itu mampu menarik semula sokongan Rakyat terhadap parti? Saya percaya yang sebaliknya berlaku. UMNO dan BN bakal menerima padah di PRU14 nanti."

YB DATO' SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

ADUN Ayer Hitam
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Rakyat sudah menjangka bahawa keputusannya akan sebegitu. Rakyat hanya memerhati dan akan membuat keputusan pada PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  2. Biarkan rakyat yang menentukan.

    ReplyDelete
  3. RAKYAT DIDAHULUKAN, rakyat malaysia sinonim malah fobia dgn cogankata tersebut ditambah pulak dgn SEHATI SEJIWA. rakyat disuruh berjimat cermat tetapi pemimpin boros berbelanja. sebelum PRU 13 mcm2 janji ditaburkan dgn merujuk kpd cogankata di atas. sebaliknya berlaku, rakyat dibebani dgn hutang negera & dikerah membayar serta menganggung hutang tersebut dgn bayaran secara tak langsung melalui GST. harga minyak sdh TURUN tp harga brg tidak turun & kos tambang kenderaan awam juga TIDAK TURUN. kenaikan harga minyak dpt diselaraskan dgn harga brg & kos tambang dll tp penurunan harga minyak tidak dpt diselaraskan dgn SEMUA perkara2 berkenaan. dimanakah cerdik pandai pemimpin negara? tlh dibuang perkhidmatannya. hanya yg ada sekarang tahu bercakap shj tp tiada perlaksanaan yg berkesan serta takut.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Keputusan Najib Menjelekkan! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top