Latest News

Tuesday 15 March 2016

Adakah @NajibRazak berani menyahut cabaran Tun Dr Mahathir @MukhrizMahathir ?



Hari ini Tun Mahathir mencabar PM Datuk Seri Najib Razak membuat undian berdasarkan sokongan rakyat.

Dalam tulisan dalam blog Tun Dr Mahathir, mencabar Najib jika benar rakyat Malaysia menyokongnya.

Tun menulis,

Apa yang dapat meyakinkan rakyat ialah undian nasional di mana setiap pengundi di negara ini boleh menterjemahkan sokongan terhadap Najib. Mungkin juga undian ini berguna untuk menunjukkan bahawa Dr Mahathir (iaitu saya) adalah tidak benar dalam mendedahkan skandal kewangan Najib.

Hanya dengan soalan mudah sudah cukup memadai: Najib (tandakan X), Mahathir (tandakan O) atau cara lain bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sangat terbiasa dengan undian.

Undian umum perlu dijalankan oleh syarikat asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dari dua pihak yang terlibat.

Saya memberi suatu aku janji, sekiranya Najib menang di dalam undian awam tersebut, saya akan berhenti dari membuat permintaan untuk meletak jawatan. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi tentang 1MDB, wang 2.6b Ringgit dan rumah-rumah besar di UK, US dan Hollywood atau filem porno "Wolf of Wall Street". Najib boleh terus menjadi PM sepanjang hayat.

Tetapi jika saya dapat lebih banyak undian dari Najib, ini bermaksud rakyat menerima bahawa apa yang diangkatkan tentang salahlaku kewangan Najib adalah benar, dan beliau perlu letak jawatan.

Dengan cara ini kita dapat menyelesaikan soalan berkaitan populariti Najib dan apa yang rakyat fikir tentang skandal kewangan Najib sekali dan untuk semua.

Jikalau benar rakyat Malaysia menyokong Najib, beliau akan tarik diri dari menyuruh Najib letak jawatan malah tidak lagi mempertikaikan pentadbiran Kerajaan kini.

Jikalau undian menyebelahi Ayahanda Tun, bermakna Najib perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Penulis berpendapat, sebagai pemimpin nombor 1 Malaysia, Najib perlu menyahut cabaran Tun. Ini soal maruah dan harga diri.

Rakyat melihat perbuatan dan tingkahlaku beliau. Bak kata orang, berani kerana benar.. tapi?

Adakah Najib berani??
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. http://buletinsengal.blogspot.my/2016/03/ke-mana-hilang-harta-berbilion-pernas.html?m=1

    ReplyDelete

Item Reviewed: Adakah @NajibRazak berani menyahut cabaran Tun Dr Mahathir @MukhrizMahathir ? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top