Latest News

Tuesday 15 March 2016

Tun Mahathir Keluar Parti Najib, Bukan UMNO! - @MukhrizMahathir



PUCHONG - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad secara 'rohaniahnya' masih kekal dalam Umno.

Katanya, mana mungkin seorang yang 'berdarah keris' sanggup meninggalkan parti yang disertainya sejak remaja.

‎"Tun Dr Mahathir keluar Umno... tetapi hatinya dan jiwa beliau tetap Umno.

"Bukan semudah itu beliau hendak keluar Umno, ingin saya tegaskan hari ini bahawa yang Dr Mahathir keluar itu adalah parti Najib bukan parti Umno," katanya di Program Sepetang Bersama Mukhriz di sini, hari ini.

Mahathir bulan lalu mengumumkan keluar Umno kerana tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ia merupakan tindakan kali kedua Mahathir selepas berbuat demikian buat kali pertama ketika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti bapanya, Mukhriz berkata, beliau juga akan terus teguh bersama Umno kerana baginya permasalahan yang berlaku kini bukanlah masalah Umno sebaliknya individu.

"Walaupun saya dikecam kini, saya tidak hirau sangat kerana itu ujian dunia.

"Ingin saya tegaskan hari ini, bahawa masalah sekarang adalah dibawa oleh individu, bukan parti," katanya. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tun Mahathir Keluar Parti Najib, Bukan UMNO! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top