Latest News

Saturday 5 March 2016

Agenda Utama Selamatkan Malaysia Dari Terus Rosak! - Tun Dr Mahathir



Dalam sidang media semalam, Mahathir menegaskan kehadirannya bukan untuk berjuang bagi menyelamatkan Umno sebaliknya demi Malaysia.

"Tak ada kaitan dengan Umno dan parti. Ini adalah mengenai Malaysia dan saya bimbang tentang masa depan Malaysia," katanya.

Mahathir berkata, kehadiran mereka pada hari ini (semalam) bukan mewakili mana-mana parti sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang mengambil berat dan bimbang dengan keadaan negara.

Atas sebab itu, mereka semua tanpa mengenal parti politik, agama dan bangsa bersatu pada hari ini bagi memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

"Hari ini penting kita sebagai rakyat Malaysia nak melahirkan kebimbangan dan kesedaran tentang apa yang berlaku di negara ini.

"Kami tak wakili parti, NGO dan kami adalah rakyat Malaysia," katanya.

Malah bekas perdana menteri itu berkata lagi, kesedaran untuk mereka bersama pada hari ini adalah disebabkan kebimbangan yang dilahirkan oleh rakyat Malaysia terhadap kepimpinan Najib.

"Rakyat Malaysia bimbang dan melahirkan pendapat mereka. Mereka datang kepada kami dan minta tolong lakukan sesuatu.

"Kami semua bersetuju bahawa negara ini dipimpin oleh seseorang yang lakukan kerosakan terhadap negara dan jika dia tak disingkirkan, kerosakan ini akan lebih teruk.

"Kami bersatu dengan satu isu iaitu Najib perlu disingkirkan sebagai perdana menteri Malaysia. Itu apa yang menyebabkan kami bersama," katanya dalam sidang semalam.

Mahathir berkata rakyat Malaysia bimbang berkaitan apa yang berlaku di negara ini tetapi bercakap dengan suara yang berbeza.

Jadi semalam mereka berkumpul dengan satu tujuan, dan kumpulan ini akan semakin membesar dan terus membesar hinggalah agenda mereka berjaya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Agenda Utama Selamatkan Malaysia Dari Terus Rosak! - Tun Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top