Latest News

Saturday 5 March 2016

Kenapa Perlu Percaya Mahathir?

Musuh politik utama Malaysia elak soalan sukar terutama berkaitan sama ada mereka percaya atau tidak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang jadi penggerak utama pakatan singkir perdana menteri. 
Sesuatu yang jelas, musuh politik utama Malaysia terpaksa mengelak banyak soalan sukar diajukan kepada mereka ketika cuba meyakinkan orang ramai yang ragu-ragu pakatan mereka untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak adalah benar.

Namun, jawapan kepada soalan sukar ini akan menentukan sama ada pakatan itu akan berjaya dan sama ada pada akhirnya, Najib disingkirkan hanya untuk memberi laluan kepada seorang lagi diktator, tetapi yang boleh diterima Tun Dr Mahathir Mohamad, penggerak utama pakatan ini.

Bolehkah mereka mempercayai antara satu sama lain? Bolehkah kesilapan masa lalu, yang melahirkan kemunculan seorang diktator, diakui dan dimaafkan?

Bolehkah orang yang menghancurkan institusi Malaysia memberi jaminan beliau akan memperbaikinya jika dan apabila Najib dijatuhkan?

Adakah orang yang sama itu akan melepaskan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim –permintaan utama sekutu Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat yang ditandatangani baru-baru ini?

Soalan ini, yang dilemparkan kepada Dr Mahathir dan sekumpulan tokoh daripada Umno, PAS, PKR, DAP dan masyarakat sivil lain pada sidang akhbar pertama pergerakan itu semalam kelihatan dipesongkan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang dipenjarakan di bawah pemerintahan Dr Mahathir pada 1980-an dalam satu operasi terhadap ahli politik pembangkang dan aktivis, tidak menjawab secara langsung kepada pertanyaan sama ada beliau mempercayai bekas perdana menteri itu berhubung janjinya akan membaiki kerosakan institusi yang berlaku pada zamannya.

Penggerak pembaharuan pilihan raya Maria Chin Abdullah enggan menyatakan dengan jelas sama ada dia dapat memaafkan Dr Mahathir kerana kesilapan lampaunya.

"Terdapat beberapa kesilapan pada masa lalu dan kita perlu membetulkan kesilapan ini. Kita perlu mengetepikan perbezaan kita untuk tujuan yang lebih besar," itu jawapan yang diberinya.

Begitu juga, Dr Mahathir tidak komited mengatakan akan membebaskan bekas timbalan perdana menteri, Anwar yang dipecat dan dipenjarakannya pada 1998.

Sehingga hari ini, Dr Mahathir enggan mengakui dasar pentadbiran beliau yang melahirkan autoritarian. – TMI

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kenapa Perlu Percaya Mahathir? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top